SETIAP sesuatu itu ada kefahamannya. Al-Qur'an, tanpa khilaf bahawa ia bersumber, yakni dari Allah SWT. Diturunkan melalui Jibrail kepada junjungan Rasulullah SAW.
Setiap tahun pada bulan Ramadhan, peristiwa bersejarah turunnya al-Qur'an diperingati....'nuzul al-Qur'an'.
Ramadhan itu sendiri adalah bulan al-Qur'an. Akhir-akhir ini semakin ramai yang memahami sedemikian. Kefahaman yang benar menjadikan Islam itu suatu kebenaran. Orang yang berkefahaman yang benar maka benar hidupnya.
Dahulu ramai yang memahami bahawa bulan Ramadhan semata-mata untuk berlapar berpuasa sahaja sehingga meniti dari bibir kebibir nama yang melekat diminda itu 'bulan puasa' sahaja.
Bulan yang diperintahkan puasa itu pada bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan itu, selain berpuasa banyak lagi yang menjadi keutamaan. Jelas, berpuasa adalah wajib hukumnya malah salah satu rukun kepada rukun Islam.
Kesan daripada kefahaman Ramadhan adalah 'bulan puasa' menyebabkan ditempat tertentu semacam ternafi dan tertolak bahawa 'tazkirah' adalah bukan dari amalan Islam.
Malah mereka yang sering menganjurkan 'tazkirah' dipandang serong. Lebih teruk lagi sehingga membawa kepada kesalahan. Inilah kefahaman yang salah dan jumud. Kefahaman yang jumud ini kesannya menyebabkan kekalnya salah faham terhadap Islam.
Lebih menjumudkan sehingga melambatkan proses pengembangan Islam ialah kewujudan undang-undang keperluan kepada tauliah untuk mengadakan tazkirah.
Maka benarlah, jika kefahaman yang benar itu akan membenarkan Islam itu sendiri. Bertuahlah mereka yang mempunyai kefahaman yang benar dalam hidup ini.
Taheem......kena jelas.